biarlah aku begini..
3 tahun mengecapi bahagia,
akhirnya musnah jua dek dusta,
berguguran jatuh airmata,
kerana kau si pencinta dusta..
biarlah aku begini..
langkah ini terasa terhenti-henti,
depanku kelabu pedih memilu,
bahagia bukan lagi temanku..
biarlah aku begini..
hidup berseorangan,
tanpamu insan yg bernama lelaki,
aku tak ingin lagi rebah,
aku tak ingin lagi kecewa,
luka ini terlalu parah,
andaipun ia sembuh,
tapi parutnya masih ada..
biarlah aku begini..
andai bahagia denganmu sementara,
aku pilih derita,
kerana derita itu sebenarnya bahagia buatku..
biarlah aku begini..
meneruskan sisa hidup,
bertemankan bulan dan bintang,
mengejar cita2 dan impian,
selagi hayat masih ada,
selama kaki melangkah,
aku akan tabah..
biarlah aku begini..
buat si pencinta dusta,
sungguh manis mulut berjanji,
tapi kau jua yang dustai,
aku tak pernah berdendam,
apatah lagi ingin bermusuh,
andai esok penghujung hidupku,
akan ku sambut salam kemaafan darimu,
yg pernah bergelar 'kekasihku'..
kemaafan dendam yg terindah,
mar
unikl kksjt
02/05/2010
4.30 am
8 comments:
memaafkan dan let go kadang2 membuatkan kita tenang... tamo sedey2 k
semoga ceria2 selalu
tak boleh dibiarkan dikau begini,
kerana nanti akan melarat diri membawa kesedihan dihati...
p/s: tak elok utk masa depan.. (x_X)
my lovely fren...
mungkin ade hikmah disebalik semua ini..kuatkan hati..
kejar cita2 yg kita impikan dulu...
kembali ceria seperti dahulu..
abgfaizul : yes..let go n memaafkan..itu sebenarnya yg saya mahu..
kak hana : ceria2 bersama di saluran ceria..hehe =)
ady : jgn pikir bkn2..saya tidak akn biar sampai melarat diri membawa kesedihan dihati..doakan mar semoga terus tabah meniti hari2 mendatang k..
senyum sokmo =)
echah : echah, my lovely fren..
yup..
mungkin ade hikmah disebalik semua ini..doakan yg terbaik buat mar k..
semoga kita sama2 berjaya..aminn
tumpang simpati namun esok masih ada!
fulamaaaak..terel bermadah wooo!betul tu dik..kene maafkan org..baru muka kita ley jadi chantek dan berchaye.
p/s:eh,nnti2 kan time2 anniversary akak ke,boleyle upah adik buat sajak2 romantis gini.ye?ye?
akuvision : kalo di panjang umur..aminn
kak anis : akak ni klakarla..hahahaha..
xboleh2,saya x pandai..
saya pandai merapu meraban je..
~~ngeee...
Post a Comment