TENGAH malam ini satu lagi lembaran baru akan dibuka. Kita akan menyambut kedatangan 2009.
Tepat detik 12 tengah malam ini,pasti mat2 rempit akan turut merempit kt ats jalan2 raya..
Dan pasti juge ramai di kalangan kita yang mengalirkan air mata kesyukuran kerana dipanjangkan umur sehingga kini. Tak lupe juge,ada yang menangisi di atas perhitungan silap yang telah mereka buat. Dan, ada juga yang menitiskan air mata kerana tidak pasti apakah cabaran mendatang di tahun ini.
Sesungguhnya kedatangan 2009M dan 1430H itu disambut dengan cara yang tersendiri. Namun, dalam masa kita menyambut kemeriahan kedatangan tahun baru ini, kita harus sentiasa berwaspada kepada pelbagai cabaran mendatang di hadapan kita.