melupakan kisah silam
yang sarat dengan dendam
dari api yang tak
mungkin padam...
aku belajar
mengharungi hari ini
yang penuh teka-teki
kerana waktu belum lagi
terhenti...
aku belajar
menghargai hari esok
yang banyak lagi
tersorok memanggilku untuk
menjenguk...
aku berlari
jauhnya tak bertepi
tak ku peduli kaca dan duri
yang melukai diri...
aku melangkah
dalam keadaan pasrah
tak ku hirau harapanku musnah
yang membuat ku tabah...
aku belajar
untuk menyayangi dan disayangi
aku belajar
mengharungi hari ini
yang penuh teka-teki
kerana waktu belum lagi
terhenti...
aku belajar
menghargai hari esok
yang banyak lagi
tersorok memanggilku untuk
menjenguk...
aku berlari
jauhnya tak bertepi
tak ku peduli kaca dan duri
yang melukai diri...
aku melangkah
dalam keadaan pasrah
tak ku hirau harapanku musnah
yang membuat ku tabah...
aku belajar
untuk menyayangi dan disayangi
menerima dan memberi
tertawa dan tangisi
setiap detik dan setiap hari
dari semua yang ku
pelajari...
tertawa dan tangisi
setiap detik dan setiap hari
dari semua yang ku
pelajari...
tulus ikhlas suci,
mar
mar
7 comments:
hidup adalah satu perjalanan..belajar takkan henti dalam sebuah perjalanan yang inginkan matlamat yang baik
selamat berjaya
hidup adalah satu perjalanan..belajar takkan henti dalam sebuah perjalanan yang inginkan matlamat yang baik
selamat berjaya
kak hana, perjalanan hidup masih jauh harus ditempuh..
nway..thanks =D
gile ah..kawan2 aku pandai bermadah puisi..
kagum♥
errr....
aku belajar untuk menerima kenyataan walaupun hakikat itu tersangat menyakitkan otak dan benak hati..... huhuhu...
ayu : haha =D
aidy : itu sudah lumrah ;-)
Post a Comment