Oct 1, 2015

5 Bulan Dah.

1 Mei - 1 Okt. Alhamdulillah, dah 5 bulan kami kawen. Aku sangat bersyukur dikurniakan seorang lelaki yang penyabar, penyayang dan yang terima banyak kekurangan aku ini sebagai teman hidup.


Moga ini yang terbaik untuk perjalanan 2 hati yang telah disatukan. Berusaha untuk jadi yang terbaik dan selebihnya kita serahkan padaNya.


Buat suamiku Mohd Asraf, jadilah imam yang terbaik untukku, suami yang terbaik untukku serta ayah yang terbaik buat anak-anak kita nanti, InsyaAllah. Sama macam orang lain, kami juga punya harapan mahukan perkahwinan ini kekal dan bahagia sampai akhir hayat kami. Aamiinn. Tipu kalau cakap takde rasa pahit dalam alam perkahwinan. Tapi doakan kami untuk terus harungi dengan sabar. Semoga suami ini akan didik dan bimbing aku untuk jadi isteri yang baik di dunia dan akhirat. Dan semoga suami ini akan menjadi kawan yang baik sepanjang hidup bersama serta menjadi ketua keluarga yang terbaik buat keluarga kami. InsyaAllah.



Sep 30, 2015

Kembali

Halluuuuuu,
After so long, aku rasa macam nak start blogging balik. Banyak benda nak tulis kt sini, tapi..tapi.. tengok tahap kerajinan jugak la dulu. Sejak dah berstatus 'Puan' ni macam malas je nak jenguk sini. Mujurlah password still ingat. Haha.

Ohmaiiiiii cik Mar dh kawen?

Hehe. Ya, saya dah kawen.
So hye. Ada readers lagi ke? :p

Sep 13, 2014

My Engagement Day

Assalamualaikum.

Hai hai hai. Lame giler rasenya tak menjengah ke sini. Ni nak show off cikit pasal my Engagement Day yang berlangsung 30hb August baru-baru ni. Hehe. Ni throwback balik ye. Dari segi preparation memang last minit punye preparation. Buat persiapan pon dalam 2 minggu before majlis jer. Tapi Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan jaya nye. Doa dan harapan saya semoga nak melangkah ke alam perkahwinan dipermudahkan jugak. Amin amin.Ya Rabbal A'lamin.







Jun 12, 2013

Wedding kt Temerloh


Assalamualaikum.

Last week ktorang attend officemate merangkap kawan baik ktorang kawen kat Temerloh, Pahang. Musim sekarang ni musim orang kawen habaq mai. Kenduri sini sana ko! Haa. Sebab cuti sekolah kot.Kalo aku kawen nanti taknak la buat time cuti sekolah, nanti clash sebab ramai yang nak buat majlis kawen jugak. Hahaha. Ktorang konvoi 3 buah kereta dari KL. Gerak dalam pukul 9 setengah pagi. Pung pang pung pang dengan berhenti kt petronas Bentong lagi pastu dengan bawak kereta berhati-hati lagi hihi sampai sana dalam pukul 12 tengah hari. Makan-makan, jumpa pengantin and ambik-ambik gambar then chow back to KL. Huhu 

p/s : Tahniah dan selamat pengantin baru Aimi Sinchan dan Suami! Semoga bahagia hingga ke hujung nyawa. Cantik giler ko haritu noks. Gojes sangat! Baju meletop kebabomm cantik.

 Mimosian's member

 Smileeeeeee :)

Raja sehariii. Sehari je hokey. Ko jangan nak lelebih. Hahaha! 

Cantik! Gojes! Meletop kebaboommmm!

Jun 11, 2013

Suatu kisah di Cameron Highlands


Assalamualaikum

Hai hai hai. Lame sudah tak bersua. Hihi. Ni cerita kami sekeluarga sewaktu bercuti di Cameron Highlands sewaktu cuti persekolahan baru-baru ni. Macam malas pulak nak taip-taip. Better publish gambar jela kot. Muahaha.




Sewaktu di ladang teh boh.

 Adik bongsu tengah makan aiskrim strawberry. Dapp nye. Nyum nyum.

Menikmati keindahan pagi pemandangan ladang teh. Menyegarkan mata betul la.

 Bila balik KL teringat plak kt kopi strawberry. Sedapnyeeee!


Di tengah jalan. Sempat lagi tuuuu. Haiyaa.

 Ni area pasar buah dan sayur brinchang.

Alahaiiii sedap tak terkata menikmati strawberry coklat ni. Ni ktorg gaul secukup rasa dalam kereta. Sebab tu comot! Haha. Takpe la. Janji bila makan rase dia perghhh! Cair dalam mulut gituw.



Dec 29, 2012

Annual Dinner 2012 Hawaiian Nite Theme


Assalamualaikum.
Long time no see haaa. 

Baru-baru ni my company ade buat Annual Dinner yg bertemakan Hawaiian Nite bertempat di Sunway Lagoon Surf Beach. Very-very enjoy at this nite. Makanan pon sedap-sedap. Persembahan pon best-best jugak, cume pada awal malam tu hujan sangat lebat. Nasib baik hujan sekejap je, then boleh la meneruskan acara. Kalo hujan berterusan rosak la program annual dinner mokcik ni sebab konsep outdoor with santai-santai tepi beach sambil makan-makan, yelaa nama pon tema Hawaiian kan? Oleh itu, lets berjimba-jimba! Alooohaaa!

cakkk!! hehe bersama my classmate mase diploma dulu dan merangkap my colleague.

and a part of MIMOSians


and then hari jumaat aritu, my company dah decided to declare this Friday as half working day for employees. Yahoooo! Yeaaayy!! But so sad for me because I kena stay kat opis sampai pukul 5 pm. coz I need to attend a training. Abis je training tu, bergegas la dengan some other colleagues yg lain rushing to Sunway Lagoon, mujur tak jauh mane Sunway Lagoon tu. Heeee.


Sep 23, 2012

Ohsem!

Assalamualaikum.


Sungguh ohsem rasanya berbaju kurung naik Genting. Hahaha.

with cazen terchenta :)

my mums n cazens

Seperti kat Genting tu ada kenduri kawen. Hahaha. Berbaju kurung, berkain belah dan berkasut tinggi. Oh indahnya dunia. #pitam

Sep 20, 2012

Alhamdulillah.

Assalamualaikum.

I got a good news. I was offered a job in ________. Jeng jeng jeng. Syukur. Alhamdulillah. Berkat doa ibu bapa, family dan sahabat handai, Alhamdulillah rezeki ku di ________. Tempat kosong itu adalah salah satu company yang saya telah attend interview haritu. Syukur sekali lagi. Alhamdulillah. Amin.



Sep 17, 2012

Interview oh interview

Assalamualaikum.


Actually aku baru balik dari attend 1 interview kat Mimos Berhad, TPM Bkt Jalil. Aku dapat interview untuk program yang dipanggil "APPRENTICESHIP CODE8". Sebenarnye aku apply job vacancy. Ntah camane tup-tup dapat offer untuk program ni plak. Haiyaa. 


Tapi tuft giler dia punye selected candidate. First aku dapat coll haritu diorang terus nk interview by phone, so aku okey jela. Padahal aku kat umah tengah buat ape ntah mase nk jawab interview tu. Punyela kalut, tak prepared ape-ape pon. Speaking pon tunggang-terbalik. Kelakar pulak kalau diingatkan balik. Haha. 

Pastu selang seminggu kot ke tak sampai seminggu macam tu aku dapat email pulak, diorg cakap aku terpilih as a shortlisted untuk progam ni then kena attend interview tersebut by 13 September kat Mimos Berhad. Berdesupp aku turun KL sehari sebelum tu yakni hari rabu haritu. Pagi khamis tu punye la excited, pukul 6am dah bangun then bersiap-siap. Pukul 7am dah kuar rumah takut jem, padahal dalam email diorang inform pukul 8.30am. Maklumlah seperti dijangka MRR2 sentiasa jem! Gelabah giler nak attend interview. Haha. Ingat-ingat balik memang kelakar. Hahaha. Dia punya nerves tu toksah cakap la, tapi aku buat-buat rileks jer padahal dalam hati MasyaALLAH. Giler la diorang punye process nak candidate selected tu. Ada 3 sesi sebenarnye. Sesi pertama ialah Staff HR diorang bagi briefing. Then ade ujian Saikologistic ke ape ntah name aku lupe, iaitu kena jawab 177 soalan. Dah la kena bulat-bulat abcd yang macam budak-budak UPSR tu yang gune pensel 2B pastu kena hitamkan abcd tu. Adoi. Sabo jelaa. Sket lagi nak juling mata aku ni ha. Pastu dalam pukul 11am barula bermula sesi interview. Terima kaseh Mimos kerana baik hati sediakan kami breakfast and lunch :) Heeeee.

Sebenarnye kat Mimos ialah second interview aku. First haritu kat Media Prima. Aku dapat program yang sama dengan kat Mimos tu. Tapi nama program lain la. Tapi objectives and lain-alin semua sama jer. Nama program kt Media Prima haritu "Young Engineer Program (YEP)". Nama jer program dia macam training gitu, tapi salary, medical, leaves and all binefits are same goes to the Media Prima Engineer staff. Hehe. Bestkan. Tapi tula, expectation tinggi dan bukan senang nk "TERPILIH". Kat Media Prima ni lagi la, name jer interview, tapi dari pagi sampai ke petang sudahnye. Ada 4 sesi actually. First IQ Test, ade beberapa puluh soalan kena jawab. Then second sesi kena jawab soalan esssay pendek pasal dorang punye company, about the broadcasting and so on. Pastu ada briefing yang staff HR Media Prima handle. Then after lunch hour break, about 2pm baru lah sesi interview bermula. Tapi candidate bukan sorang dua, sampai 30 orang lebih tu yang sampai petang dalam pukul 5pm baru aku balik.

Emm, I just share pengalaman interview kat sini, and sekarang ni aku tengah tunggu result dari kedua-dua company tu. Pape pon aku redho jika rezeki tak berpihak pada aku. Maybe next time aku cuba lagi. Tapi atleast aku bersyukur sebab aku dah ada dua pengalaman interview yang boleh dikatakan "super duper tuft". Hihi. Alhamdulillah :) Dan aku berjaya hadapi. Selebihnye aku hanya berdoa, berserah dan tawakkal sahaja. 


Jun 12, 2012

Job.

Assalamualaikum.

Woot. Woot. Aku sedang bertapa di rumah. Actually banyak benda aku nak cerita kat sini. Tapi gambar-gambar semua tak transfer lg masuk lappy. Yang paling eksaited aku nak cerita kat sini ialah pasal wedding best friend aku kat Langkawi cuti sekolah baru ni. Tapi takpela, tu kemudian-kemudian sket. Perap dulu buat pekasam. Hihi.

Aku sekarang still seeking for a job. Craving. Craving. Aku sangap mau kerja weyyy! Tolong panggil aku interview cepat-cepat! Busan makan tido begini. Boleh jadi tong drum. :P



Jun 11, 2012

Alhamdulillah!

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Setelah 3 tahun di Universiti Kuala Lumpur, inilah hasil nya. Sebagai penamat di universiti, saye mempersembahkan hasil projek saye buat tatapan umum. 

Terima kaseh yang tak terhingga kepada family tercinta, lecturer-lecturer, kengkawan dan pada mereka semua yg terlibat. Dan tak lupa buat kamu yg sentiasa di sisi, terima kaseh banyak-banyak. Thank you for being my partner, lover and friend.

Buat masa sekarang, saye tengah berusaha mengisi mane-mane kekosongan. Sama ade terpanggil atau tidak untuk interview itu semua adalah rezeki. Kita hanya mampu berdoa dan berusaha. Doakan saye cepat-cepat dapat keje ye? =)




Jun 10, 2012

Time dolu-dolu.

Assalamualaikum.

Hehe rajin pulak aku update. Biasalaaa bertapa kat umah tak tahu nak buat apa. Belek-belek album lama terjumpa gambar-gambar ni. Pastu gelak sorang-sorang. Haha

Bersama abang sulong. 

Bersama Abang nombor 2.

 Bersama ayah dan abang sulong.

Meroh menyala sluor kitew. Haha.



Hahaha. Itu sahaja paparan hari ini. Ok. Sekian. Wasalam.


Apr 28, 2012

Bestie's BigDay

Assalamualaikum.

Lame giler tak jenguk blog ni. Hehe. Hari ni 28 April 2012 adalah hari yang seronok dan gembira! sebab dapat attend majlis kawen kawan baik saye dan dapat jumpe kawan-kawan lame. Selamat pengantin baru Fatma! a.k.a name manjanye Term! Selama ni kalo aku balik kampung selalu kite keluar together-gether kan? Lepas ni tak dapat la..sedih! huhu


Jan 5, 2012

mutiara kata cik nurul


Dalam asyik kita "berlari" menuju ke depan, 
ada kala kita akan tersungkur jatuh.





Jan 2, 2012

Mia Sara yang comel!

Assalamualaikum

First sekali, saye nak  ucapkan "Selamat Tahun Baru 2012!" Bye-bye segala kenangan suka duka 2011. Semoga kite semua sentiasa suksess dan diredhai selalu di tahun baru 2012.

Baru-baru ni saye ke Melaka bersame family tercinta menghabiskan sisa-sisa 2011 dgn bercuti-cuti Malaysia dan jalan-jalan cari pasal sambil menghabiskan duit. hehe. Tapi sebelum tu kami singgah Kolumpor dulu tabur duit kat Ikea, kat Sogo, kat Jalan TAR. hehe. Barulah percutian cuti-cuti Malaysia ke Melaka bermula. Seminggu gak total kami bercuti. Balik-balik Terengganu pokai. kuang3. Cerita end of the year and celebrate new year kat Melaka tu nanti-nanti saye story mory. First time kot tgk bunga api secara live and celebrate new year kt Melaka. Teruja gila haha. Masa coutdown detik 12 a.m tu, kami kat Restoran Terapung Medan Ikan Bakar Umbai tengah menikmati ikan bakar,sotong bakar dan lala masak cili. Hampir tersedak kami dibuatnye dek terkejut dengar bunga api yg bingit. Selama ni tengok bunga api and countdown new year kt dalam tv je. 

Now kite layan dulu gambar kiut miut Mia Sara yg super duper comel ni. Masa ni kami kidnap dia kejap kat lokasi shooting drama tuk next drama slot akasia tajuk dia "Cinta Buat Emelda. Diorang shooting kat wangsa delima, sebelah NZ besar kt Wangsa Walk. 





Comel kan Mia Sara ni. Geram rase macam nak cubit-cubit dia ni. Terlalu comel! Besar nanti mesti cun giler. Hehe.


Dec 16, 2011

CoratCoret

Assalamualaikum.

Huh! Lame benor tak meng'hapdate'. Hehe. Semester 7 sudah tamat. Now tengah cuti semester dan sedang berada di kampung halaman, bumi Terengganu yang tercinta. Hikhikhik.



Oct 9, 2011

UnikL Konvokesyen ke-8

Assalamualaikum.

Semalam majlis Konvokesyen UniKL ke-8 berlangsung selama dua hari di PICC Putrajaya. 8hb dan 9hb Oktober 2011. Meriah uols! bangga pon ada sebab FIRST BATCH course Computer System Security grad! Hehe. Kepada semua graduan UniKL, Congratulations semua! ;)

Dewan Plenari PICC,Putrajaya



Eh eh saye tak grad lagi tau! Hehe. Saye tahun depan. InsyaAllah.

Aug 11, 2011

Seloka FB

Ada kisah yang ingin ku kongsi,
Kisah mengenai dunia teknologi,
Bagi yang tidak tahu apa itu FB,
Mohon Google search dengan sendiri.

Kawan-kawanku ramai yang ada FB,
Ku kenali di sekolah rendah hinggalah universiti,
Mudah bagi kami untuk berkomunikasi,
Semuanya terletak di hujung jari.

Pelbagai usia pengguna FB,
Tak kira tua, dewasa dan remaja muda mudi,
Bila ditanya tujuan buat FB,
Jawabnya banyak ilmu hendak dikongsi.

Bagusnya jika bijak menggunakan FB,
Dapatlah saling berkongsi ilmi,
Namun yang hairannya lain yang jadi,
Ilmu tidak dikongsi, dosa yang dicari.

Bukankah tujuan hidup duniawi,
Banyakkan ibadah untuk bekalan diri,
Tapi sayangnya manusia zaman kini,
Dosa yang sudah banyak ditambah lagi.

Salah guna FB memakan diri,
Maksiat berganda dimurkai Ilahi,
Antara punca pergaduhan suami isteri,
FB digunakan dengan tujuan tak bererti.

Zaman sekarang melalui FB,
Ramai yang berkenalan dengan kekasih hati,
Wajah-wajah yang menawan mencuri hati,
Entahkan sama di alam realiti?

Yang hangat bercinta buat ayat geli-geli,
I love you, I miss you di wallpost setiap hari,
Kata update status via Blackberry,
Takkan lah dah tak ada kredit nak SMS lagi?

Dinding pula penuh dengan luahan hati,
Mencarut di status tidak sedar diri,
Lebih malu sekiranya si gadis yang memaki,
Merendahkan martabat si empunya diri.

Gunalah FB untuk saling menasihati,
Kongsilah ilmu-ilmu yang diketahui,
Bukan sahaja anda berbakti,
Pahala yang dicari pasti menanti!

Selitkan ayat-ayat Quran dan hadis Nabi,
Jadikan status di wall FB,
Carilah kalam-kalam hikmah yang mendidik diri,
Moga dapat menjadi penghias diri.

Ataupun, uploadlah video dan CD,
Masukkan link tazkirah di dinding FB,
Mudah dikongsi, ilmu pun diperolehi,
Untuk dijadikan bekalan akhirawi.

Wahai Muslim Mukmin sejati,
Marilah bersama kita bersatu hati,
Ikutilah sunnah perjuangan nabi,
Dakwah diberi, nikmat dikecapi.

Sampai di sini kisahku kali ini,
Moga sedikit sebanyak dapat mencuit hati,
Tidak rugi memanfaatkan teknologi,
Jauhkan diri daripada godaan duniawi.

Maaf andai ada yang terhiris hati,
Aku sekadar ingin menasihati,
Salam ukhwah ya akhi wa ukhti,
Hingga kita bertemu lagi.


peace yaww!



Aug 7, 2011

Perjuangan Yang Belum Selesai - Dr. Mahathir Mohamad

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan


Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996

Aug 1, 2011

selamat berpuasa!


Assalamualaikum..


SELAMAT BERPUASA!

SEMOGA RAMADHAN KALI NI LEBIH DIBERKATI. amin